Selamat Datang 

Ke Kelab Pemanah Al-Kahfi

Pemanah Al-Kahfi ditubuhkan pada tahun 2015 di bawah biro sukan Surau Al-Kahfi. Ianya adalah sebuah kelab rekreasi dan riadah keluarga yang menjalankan aktiviti rekreasi khususnya sukan memanah tradisional. 


Kelab yang berkonsepkan beriadah bersama keluarga yang terbuka bukan sahaja kepada anak kariyah Surau Al-Kahfi, Pinggiran Batu Caves, Selangor Darul Ehsan malahan kepada siapa juga yang berminat untuk belajar, memahami serta mengamalkan seni panahan tradisional ini.


Melibatkan diri dalam seni panahan tradisional di kelab ini bukan sekadar mengetahui secara asas memanah tetapi yang lebih penting ialah membentuk satu kesatuan yang mempunyai satu matlamat yang sama untuk menghidupkan sunnah Baginda Rasulullah s.a.w yang sudah lama dilupakan.


Penjagaan adab-adab serta disiplin dalam seni panahan tradisional ini InsyaAllah akan dapat membuahkan jati diri yang kental pada pengamalnya dan jesteru itu melahirkan individu serta keluarga yang kukuh dalam menghadapi cabaran kehidupan di hari muka.

KELUARGA PEMANAH AL-KAHFI

Perkara pertama untuk turut serta menjadi ahli keluarga Pemanah Al-Kahfi sudah tentulah seseorang itu perlu mempunyai minat dalam seni panahan tradisional. Kedua dan yang utama sekali ialah menjaga adab yakni  faham bahawa untuk menjadi ahli, kedudukan serta pangkat perlu diketepikan, menjaga batas tutur bahasa dan pergaulan, menjaga nama baik keluarga serta ahlinya, patuh pada arahan atau sebarang keputusan yang telah ditetapkan dan sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang teguran. Semuannya adalah menjurus kepada keharmonian kesatuan untuk mencapai redho Allah swt dalam usaha mengangkat sunnah Baginda Rasulullah Salallah Alaihi Wasalam


Mendokong Adab

Menceburi aktiviti panahan tradisional ini perlulah berlajar tentang adab dan seni panahan yang telah amali dan dikitabkan oleh orang-orang terdahulu agar ianya tidak menyimpang dari niat dan matlamat memanah.

Baca Lagi

Riadah Keluarga 

Aktiviti yang boleh diceburi oleh seisi keluarga samada anak-anak mahu pun ibu bapa.  Disinilah adab tadi boleh dipraktikan dikalangan ahli keluarga. Manfaat berjemaah dan berukhwah akan terhasil dalam suasana harmoni.

Baca Lagi

Rehlah

Penubuhan Pemanah Al-Kahfi bukan hanya tertumpu kepada memanah semata-mata malahan aktiviti lain seperti rentas hutan, lawatan dan sebagainya turut diadakan bagi melahirkan insan yang berjiwa kental
Baca Lagi