Selamat Datang
Ke Kelab Pemanah Al-Kahfi
Pemanah Al-Kahfi ditubuhkan pada tahun 2015 di bawah biro sukan Surau Al-Kahfi. Ianya adalah sebuah kelab rekreasi dan riadah keluarga yang menjalankan aktiviti rekreasi khususnya sukan memanah tradisional.
Kelab yang berkonsepkan beriadah bersama keluarga yang terbuka bukan sahaja kepada anak kariyah Surau Al-Kahfi, Pinggiran Batu Caves, Selangor Darul Ehsan malahan kepada siapa juga yang berminat untuk belajar, memahami serta mengamalkan seni panahan tradisional ini.
Melibatkan diri dalam seni panahan tradisional di kelab ini bukan sekadar mengetahui secara asas memanah tetapi yang lebih penting ialah membentuk satu kesatuan yang mempunyai satu matlamat yang sama untuk menghidupkan sunnah Baginda Rasulullah s.a.w yang sudah lama dilupakan.
Penjagaan adab-adab serta disiplin dalam seni panahan tradisional ini InsyaAllah akan dapat membuahkan jati diri yang kental pada pengamalnya dan jesteru itu melahirkan individu serta keluarga yang kukuh dalam menghadapi cabaran kehidupan di hari muka.
Perkara pertama untuk turut serta menjadi ahli keluarga Pemanah Al-Kahfi sudah tentulah seseorang itu perlu mempunyai minat dalam seni panahan tradisional. Kedua dan yang utama sekali ialah menjaga adab yakni faham bahawa untuk menjadi ahli, kedudukan serta pangkat perlu diketepikan, menjaga batas tutur bahasa dan pergaulan, menjaga nama baik keluarga serta ahlinya, patuh pada arahan atau sebarang keputusan yang telah ditetapkan dan sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang teguran. Semuannya adalah menjurus kepada keharmonian kesatuan untuk mencapai redho Allah swt dalam usaha mengangkat sunnah Baginda Rasulullah Salallah Alaihi Wasalam
Mendokong Adab
Riadah Keluarga
Aktiviti yang boleh diceburi oleh seisi keluarga samada anak-anak mahu pun ibu bapa. Disinilah adab tadi boleh dipraktikan dikalangan ahli keluarga. Manfaat berjemaah dan berukhwah akan terhasil dalam suasana harmoni.
Rehlah